Satu Wajah Sejuta Kisah & Ini Kisahku
Monday, 3 August 2020
Sunday, 29 December 2019
Travel 3 - Sabah Labuan Brunei (Borneo)
Niat dihati nak masuk Sarawak. Apakan daya perancangan Allah lebih baik, kami dapat ke Sabah-Labuan- Brunei. Alhamdulillah, kuasa Allah, walau penuh dengan rintangan, anak2, isteri dan saya diberi kesihatan untuk menempuh perjalanan kami dengan keadaan sihat walafiat. Trip kami kali ini adalah antara 16 Januari - 22 Januari 2020 9 (7 hari 6 malam).
Seperti biasa, kami ambil flight Airasia. Berlima harga kira 1800+. Jika diikutkan keadaan semasa, harga ni tak murah, tak juga mahal. Boleh dikatakan harga medium. Mungkin dimasa depan , harga ni boleh dikira sebagai murah. Walalahuaa'lam.
Day 1 (Kota Kinabalu, Sabah)
Perjalanan ke Kota Kinabalu mengambil masa selama 2 jam 40 minit. Kami mendarat di lapangan terbang KK pada jam 2.35 petang. Niat dihati nak ambik grab, tapi tiba2 adik ipar kata dia nak ambik dekat airport. Kerja dah selesai. Kami layankan aja. Terus menuju ke Hotel Oceania di Sadong Jaya untuk merehatkan dan mempersiapkan diri sebelum berjalan jalan di KK. Harga? Lebih kurang MYR 145. Oklah kot.
tak boleh makan ikan bilis, jadi kami tak beli pun untuk dibawa pulang 😂
Susah nak jumpa orang melayu di Kota Kinabalu ni. Kebanyakannnya orang Cina atau Filipina, atau pelancong Kora atau China. Ada juga orang peribumi. Jalan punya jalan, samapailah dekat satu playground hujung perjalanan kami. Sementara menanti adik ipar sembahyang maghrib, anak2 ambil kesempatan untuk naik bumper car. Mahalnya bayaran tapi anak dah meraung tu, tak boleh buat apa. Mengalah.
Day 2 (Kundasang, Sabah)
Lepas sarapan pagi di hotel, kami langsung ambik kereta untuk kek Kundasang. Jam 9 pagi. Saya ambik kereta Axia, dapat rm90 sehari. Boleh dapat lagi murah sebenarnya kalau nego, tapi harga ni pun dah considered murah kalau cari lagi. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam kalau terus je Kundasang. Kami singgah di Rumah Terbalik dahulu. Kawasan rumah telah dipagar supaya orang luar tak boleh ambil gambar dari luar, dan mesti masuk untuk bergambar. Biasa sahaja tapi dah sampai ni, takkanlah tak nak masuk kan. Total MYR 30 untuk 2 dewasa 1 kanak2.
Kecik sahaja rumahnya, dalam 15 minit dah siap. Seterusnya, kami langsung ke Jambatan Gantung Tamparuli, bergambar dan jalan2 atas tu. Anak aku gayat naik atas tu, kenalah kami jalan slow2. Sebab jambatan tu goyang2, dan binaannya agak tidak meyakinkan. Tapi kami buat selamba aja naik atas tu.
Lepas dah habis di jambatan, langsung berkejar ke Pekan Kundsang untuk check in hotel dan sembahyang jumaat. Kami ambil hotel Zen Garden Resort yang mana kosnya adalah lebih kurang MYR 110 per night, katil king. Sangat berpuas hati kerana bilik yang selesa, katil besar dan terletak di kaki gunung. TV, Wifi, Aircond semua tak ada. Hahaha. Tapi semua tu tak perlu sebab sejuk amat kalau malamnya. Kipas adalah untuk pasang siang hari. Tanoa melengahkan masa saya berkejar pula ke Masjid amek Kundasang untuk sembahyang jumaat. Apa yang jadi bila sampai tu orang dah berpusu pusu balik. Tak Sempat!! masa tu baru jam 1320 tengahari gitu tapi disebabkan sini sembahyang awal, tak sempat. Aku jamak qasar zohor asar disitu.
Habis langsung ke Pekan untuk mecari makan. Beli nasi ayam penyet dan sayap ayam madu wak ali, yang terkenal famous di Kundasang. Bawak balik dan memang sedap rasanay sebab kami jarang2 rasa makanan disini. Tanpa membuang masa, kami langsung ke Arnab Village, yang terletak kira2 30 minit dari resort
Ada banyak tempat menarik disini, tapi semasa kami sampai pukul 5.10 ptg, hanya ada satu tempat sahaja yang bukak iaitu lading arnab. Bagi anak2 layan dulu satu aktiviti petang. Setelah kepenatan, balik ke resort untuk merehatkan diri bagi menghadapi hari esoknya.
Day 3 (Kundasang, Sabah)
Seawal jam 8.30, kami langsung terus ke Desa Dairy Farm, betul berdepan dengan Zen Garden. Sebab apa? DDF mula dibuka pukul 9 pagi. Jadi kalau pergi terlalu awal pun kena tunggu di pintu utama, macam kat gambar dibawah ni. Memang sangat exited anak2 pasal nak jumpa lembu.
Tiket masuk dewasa Rm5/head. Anak2 semua free sebab bawah 5 tahun. Bila dah dibenarkan masuk, terjah la. Dah tu kena tunggu pulak masa untuk bagi susu lembu, start 10 pagi. Nilah bahananya bila terover-exited. Tunggulah kami dengan sabarnya. Kami x menunggu lama sebab banyak lagi tempat nak kena cover harini. Jadi kami terus ke Bombon Marakau Fish Spa. Dekat Sabah ni banyak sangat Fish Spa sebenarnya, dan kami memilih temmpat yang tepat sebab x ramai orang kesini. Dan kami merupakan orang pertama masuk pada hari ini.
Inilah tempat yang paling anak2 enjoy, dapat pegang macam2 jenis ikan dengan tangan, kena patuk pun tak sakit. Hahahaha. Tiket masuk murah sahaja, siap bagi makanan untuk diberi pada ikan. Ikan semuanya besar2 peha. Tapi tulah ikan semua takde gigi, so kena patuk pun boleh buat dek je. Kecuali kalau anda memang penggeli. Dah selesai disini, kami terus ke Sabah Tea.Sampai2 terus ke cafe dekat ST pasal anak2 dah meraung kelaparan. Jadi kita terus lunch kat sini. Sungguh menenangkan tengok kehijaun dedaunan teh, yang disusun rapi sekali.
Selesai ke Sabah Tea, kami langsung ke Maahad Tahfiz Bayu Syahadah. Kerana, sedikit misinformation, saya telah terlajak memandu ke Bito'on, sedangkan itu adalah pusat tahfiz bangunan lama. Yang barunya ada di Pekan Ranau, lebih kurang sejam memandu dari Bitoon. Teringin sangat bertemu dengan Abg Nazrey Johani.walaubagaimanapun, bukan rezeki kami dan yang saya temui adalah isterinya, Pn Habibah. Setelah selesai urusan disana, kami terus ke Poring Hot Spring, destinasi terkahir kami untuk hari ini. Sampai dah petang dan dah hampir tutup. Banyak lagi sebenarnya yang kami boleh explore dalam ni akan tetapi sebab kami dah terlewat sampai, layan anak2 mandi sajalah. Selesai semuanya, kami pulang ke Zen Garden dan tapau makanan kegemaran isteri saya Nasi Ayam Penyet Kundasang. Terangkat sedapnya.Tutup kedai untuk hari ini.
Day 4 (Labuan)
Untuk ke Labuan, kami nak kena ambik speedboat di Terminal Menumbok. Plan asalnya nak ke Brunei dulu melalui Sarawak. Tapi memandangkan banyak prosedur yang perlu dilalui, kami putuskan untuk tinggal kereta di Terminal Menumbok dan ambik bot untuk ke Labuan. Perjalanan dari Kundasang mengambil masa lebih kurang 4 jam lebih untuk ke terminal. Kami naik bot kecik untuk ke Labuan. Ombak yang agak kuat semasa naik bot menyebabkan bot terbang banyak kali. Risau bawak anak2 kecik ni. Tapi layankan sajalah.
Sampai di Labuan, kami ambil kereta sewa. Memandangkan sehari sahaja disana dan Labuan boleh dihabiskan kurang dari sehari. Kami terus ke Hotel Labuan Point. Hotel terbaik, bersih dan harga berpatutan. Banyak juga tempat kami pergi. Dataran Labuan, Clock Tower, Ujana Kewangan, Masjid Jamek An-Nur, Marine Museum, Surrender Point, Pantai Pancur Hitam, Taman Burung Labuan. Semuanya dekat2. Jalan x sampai 5 minit, sampai 1 tempat. Jalan lagi 2,3 minit sampai lagi. So untuk anda yang nak travel ke Labuan, anda hanya perlukan sehari sahaja untuk habiskan semua tempat yang disebutkan.
Day 5 & 6 (Brunei)
Hari seterusnya, kami ke Brunei dengan menaiki Feri (Ming Hai). Harganya masyaallah la juga kan pasal 5 orang. One way dalam 4 ratus lebih. Hantam sajalah labu. Kalau x pergi bila lagi nak sampai ye dok. Perjalanan 1 jam setengah menaiki feri. Kami tiba di Terminal Feri Serasa tengahari dan diambil oleh van shuttle disediakan oleh pihak Hotel. Nama hotelnya, Capital Residence Suite. Sebenarnya Brunei ni besar sikit saja dari Labuan. 2 hari pun dah cukup. Kami tak ambil kereta kerana hotel dah sediakan free shuttle utk ke tempat tarikan pelancong. Alhamdulillah, selamat duit. Hahahaha. Brunei Dollar convert ke MYR x3 lebih kot. Kami ke The Mall untuk mencari makanan. Masing2 dah lapar. Boleh dikatakan pilihan makanan di Brunei limited berbanding Malaysia, kurang meriah. Tapi harganya boleh bawak mengucap. Terus ke Pasar Gadong untuk membeli makan malam. Pasarnya sangat bersih dan berbumbung. Makanannya sgt persis makanan Malaysia. Dia tiru kita ke kita tiru dia? Paling popular nasi katok, yang dijual BD1 sebungkus. 3 ringgit. Kalau dekat Malaysia, macam nasik bajet lah, Tapi yang ni ada ayam. Bawah sikit level dari nasik bungkus. Tetap sedap. Orang Brunei pun sama orang Kelantan, makanan manis yang banyak. Pedas ada juga jarang2.Malam van shuttle datang ambik dekat pasar untuk dibawa pulang ke hotel. Aktiviti malam pulak rehat, kecuali aku. Kebetulan Tapir, member masa sekolah asrama ada kat sana, kita jumpa sekejap, untuk mengenang kembali sejarah zaman nakal2 waktu disekolah dulu. Hihihi. Esoknya, kami ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. Hajatnya nak ke Kg Air, tapi disebabkan kesuntukan masa, kami pergi ke tempat2 lain yang lebih dekat termasuklah Royal Regalia, Yayasan Shopping Mall, Tamu Kianggeh dan akhirnya kembali ke Hotel untuk pulang semula ke Menumbok.
Day 7 (Kota Kinabalu)
Hari terakhir yang sgt penat, sebab dah berhari jalan tanpa henti dengan 3 hero kami. Walaubagaimanapun perjalanan tetap diteruskan. Hahaha. Dari Asiana Hotel, kami terus ke Signal Obeservatory Tower, Masjid Bandaraya Sabah, dan Pantai Tanjung Aru. Harapannya semua orang gembira dan berpuas hati dengan perjalanan ni. Almaklumlah, kalau kerja tu tak pernah berhenti, kenalah reward diri sendiri dan keluarga pulak ya. Overall, trip ke Borneo ini sangat seronok walaupun letih, terutamanya part Kundasang. A must! dan sekali lagi! Nasi ayam penyet Sabah yang tersangatlah awesome. Lepas trip ni, satu dunia dikejutkan dengan coronavirus. Entah bila pulak kami boleh travel. Travel rentas negara dihentikan serta merta
Ok guys. Till we meet again
Tuesday, 12 November 2019
Travel 2 - Pulau Langkawi Kedah
Yeah. Pengembaraan kedua kami kalini ke Pulau Langkawi. Entah kenapa rasa nak berjalan saja. Satu benda bila kami berjalan ni, nak kena consider juga keseronokan anak-anak. Jadi cari punya cari, Langkawi memang satu tempat yang sesuai dilawati oleh semua peringkat umur. Apalagi terus cari tiket Airasia, yang kalau kita pusing lagumana pun, dialah yang akan tawarkan kadar penerbangan termurah.
Perjalanan kali ini memakan masa 5 hari 4 malam (26 - 30 Oktober 2019). Kos penerbangan pergi balik ialah 1289 + 37 (baggage masa return) = MYR1326. Agak mahal sebab kami pergi betul2 kena masa Deepavali, waktu peak. Tak apalah yang penting quality time dengan anak isteri kan.
Untuk penginapan pula, kami pilih Langkawi Seaview Hotel. Pada saya lokasi yang sangat strategik untuk family yang ada anak kecil. Lokasi betul2 di bandar dan semua benda senang dapat. Haji Ismail Group dekat, Dataran Lang dekat, Shopping Mall dekat. Secara tak sengaja tempah hotel ni, based on online review. Hehehe. Servis pada saya sangat baik, 8/10 saya bagi. Harga keseluruhan ialah MYR 670 (Katil King + Breakfast). Ok yang ni pada saya berbaloi sangat2.
Day 1
Landing je dekat Langkawi International Airport (LIA) lebih kurang pukul 650ptg, terus berjumpa dengan anak murid saya dulu, Safwan. Kenapa? Pasal dia buat bisnes kereta. Jadi saya berbisnes dengan anak murid saya sahaja. Dapat kereta Honda City. Alhamdulillah. Memandangkan dah malam, kami terus menuju hotel untuk check in. Lebih kurang 8 malam sampai dan lepas tu terus menjamu selera di Desa Permata Ikan Bakar. Rata-rata review yang sy baca online suruh datang sini. Bila dah sampai terbukti, orang ramai gila tengah makan. Pandangan peribadi saya, kedai ni servis cepat, ikan di fresh, tapi kesedapannya kurang. The quality of taste tiada. Harganya juga boleh tahan mahal, pendapat sayalah. Dah habis balik tido hotel utk recharge menghadapi hari esoknya.
Day 2 (Mangrove Tour Tanjung Rhu)
Aktiviti pertama kami yang dah lama kami nanti nantikan. Mangrove tour yang bermula di Tanjung Rhu. Ada 2 tempat kalau nak buat mangrove tour ni. Satu di Tanjung Rhu satu lagi di Kilim Geoforest Park. Kami menggunakan khidmat tour guide yang dipanggil Mamu. Apa nama betul dia aku tak tau. Ambil private package MYR220/2 hours. Harga adalah bergantung kepada syarikat dan juga cara anda deal dengan depa. Harga yang sy dapat tu quite murah lah, bak kata anak murid saya yang juga penduduk Langkawi. Jadi mula 9 pagi lebih dan habis lebih kurang pukul 12 tghari.
Anak2 enjoy the tour. Seronok dapat rasa angin laut. Aktivitinya, tengok helang makan, masuk gua kelawar, gua buaya dan fish spa. Anak2 paling enjoy masa di Fish Spa, dapat pegang dan bagi makan ikan. Setelah keletihan, kami semua balik hotel dulu utk recharge tenaga. Petang jam 5 bangun dan bersiap nak ke Cable Car. Tengah kami beratur tiba2 operasi untuk haritu dihentikan, kerana hujan lebat dan angin kencang. Aduh kecewa. Masa kami terbuang begitu sahaja. Kami pulang dengan hampa.
Day 3 (Cable Car + SkyDome + Sky Rex + 3D Museum)
Esoknya selepas sarapan, pagi dengan cuaca yang baik, kami terus shoot ke cable car. Seronok lagi budak2 ni. Dah beli tiket pakej 4 in 1 berharga MYR 179, murah sedikit berbanding kalau beli on the spot. Biasalah berlima, kenalah berjimat cermat 😆. Kebetulan masa naik cable car, ada sorang minah Jerman ni naik sekali. Wife aku tanya asal mana, dia jawab Jerman. Terus kami bersilat. Pong pang pong pang. Dan sempat juga kami bergambar kenang kenangan. Gambar tu kami simpan saja, bukan untuk tontonan hampa ok. Selesai semua sekali, pkl 1 tengahari. Kami langsung berangkat pulang ke hotel untuk recharge.
Day 3 (Underwater World)
Sebelah petangnya, kami ke Underwater World. Kalau penjawat awam boleh bawa kad kerje, dimana akan dapat sedikit diskaun, Jadi kos masuk kami, 2 dewasa 2 kanak dapatlah RM 100 shj. Kolamnya besar, tepi laut pulak tu, Penguin pun ada. Rupa-rupanya sebelah pantai Chenang shj, Jadi utk traveller yg ingin jimatkan masa, bolehlah pklan utk pergi kedua-duanya sekali. Kami silap, dan rugi masa lagi disitu.
Day 3 (Dataran Lang)
Lepas dah selesai di Underwater World kami kembali ke Kuah utk beli makan malam. Alang2 hotel dah dekat dengan dataran lang, kami pun terus kesana utk menikmati makan malam betul2 depan patung mati burung helang tu. Ramai betul manusia, lagi2 sebab pergi masa cuti deepavali. Yang ini FOC sahaja.
Day 4 (Langkawi Wildlife Park)
Asalnya nak ke wildlife park ni hari pertama sampai langkawi. Tapi biasalah bila bawa anak2 ni, plannya akan berubah ikut kesesuaian. Tiket untuk wildlife park ni pun dah beli siap2 melalui tripcarte. So dapatlah discount lagi daripada beli walk-in. Total semua RM 68 utk 2 dewasa, 2 kanak2. Seronok la budak2 ni dapat bagi binatang makan. Asal tengok binatang je seronok anak2 aku ni.
Day 4 (Pantai Chenang)
Alkisahnta sebelum ke Pantai Chenang ni kami ke Beras Terbakar. Tak taruk pun gambar disini sebab rasa macam tak berbaloi. Korang tak perlu pergi pun tak apa sebab..... tak payah pergi lah ya 😂. Seriourly tak berbaloi. Lepas tu kamia terus ke Pantai Chenang. Aktiviti biasa, beli aiskrim sambil menikmati keindahan pantai. Chenang ni dah jadi macam Batu Feringghi. Pesisir pantainya dah dipenuhi kedai2 makan untuk bersantai. Kami pun duduklah di salah satu kedai. Order satay, fries dan air buah, sambil menikmati aiskrim. Seronok dan tenang saja rasanya menikmati aiskrim tepi pantai.
Hari kelima, seperti biasa adalah hari rehat kami. Jadi duduk sajalah di hotel dengan anak2 sambil tengok tv. Sebenarnya dah tak larat nak berjalan. Hehe. Somehow this this trip is very enjoyable to all of us. Langkawi memang sangat sesuai untuk holiday seisi keluarga.

Friday, 1 November 2019
Travel 1 - Banda Aceh Indonesia
Setelah bertahun menyepi, kini aku kembali. Cewahhhh
Namun kali ini lebih kepada menceritakan pengalaman yang dikutip semasa bermusafir dibumi yang fana ini. Melihat kebesaran Tuhan dan pada masa yang sama melihat dunia dari perspektif yang berbeza
Bismillah......
Perjalanan bermula dengan trip ke Banda Aceh (24 - 27 Ogos 2019)
Anggaran kos penerbangan pada waktu ini adalah RM 680 (Air Asia : 2 dewasa 2 kanak2) pergi dan balik. Masa ni si bongsu masih bawah 2 tahun so FOC duduk atas riba maknya. Murah ke? Entahlah aku pun tak tahu. Orang kata kalau nak travel ni, kalau dah ada masa dan ada duit terus jalan je. Kalau berkira sangat pun tak boleh juga. Perjalanan mengambil masa 1.5 jam dan bulan Ogos adalah bulan angin kuat di Aceh. Jadi angin yang menggoyang kapal terbang kami tu boleh tahan kuat, sampai terbangun semua penumpang 20 minit sebelum sampai ke Aceh 😇. Dengan aku sekali jadi kalut. Mujurlah anak2 semua dah tidur mati. Setibanya kami di airport Sultan Iskandar Muda, kami terus disambut oleh Pak Adhar, supir dari Ubai Tour Aceh . Total keseluruhan untuk sewa kereta bersama Pak Supir ialah 2.3 juta rupiah (dikira 3 hari). 4 hari bergelar jutawan 😂 . Kos ini sebenarnya agak mahal dan jika pembaca ingin ke Aceh, kos mobil (kereta dalam indonesia) sebenarnya dalam anggaran 500,000 rupiah sehari. Walaubagaimanapun kami kena redho sebab inilah kali pertama menjejakkan kaki ke bumi Aceh. Manakala waktu Aceh pula sejam lewat berbanding di Malaysia.
Perkuburan Massal Siron (Day 1)
Destinasi pertama selepas landing dekat Aceh. Sekitar 30 minit dari airport.
"Hari Yang Padanya Harta Benda dan Anak Pinak Tidak Dapat Memberikan Manfaat Sesuatu Apapun, Kecuali Orang Yang Menghadap Allah Dengan Hati Yang Sejahtera"(Al-Syu'ara 88-89)
Inilah gambaran yang bermain diminda sebaik sahaja tiba di tanah perkuburan mangsa tsunami. Perkuburan yang menempatkan mayat yang tidak dapat dikenalpasti/ tidak dituntut oleh ahli keluarga, menurut Pak Supir. Seluruhnya, bilangan mangsa tidak dapat dihitung dan dianggarkan melebihi 1 juta. Setiap yang bernyawa pasti merasai mati, dan mati adalah peringatan terbaik untuk kita semua yang masih hidup.
Ada 3 perkuburan paling besar kesemuanya dan ini merupakan salah satu. Kubur yang tiada bernisan. Setelah berdoa memohon keampunan dan kebaikan kepada seluruh penghuninya, kami meneruskan perjalanan ke tempat penginapan kami iaitu Oasis Atjeh Hotel. Kos penginapan selama 4 hari 3 malam ialah sebanyak RM 590 termasuk breakfast. Hotel yang convenient. Sy bagi 7/10. Stafnya yang peramah, makanannya yang sedap dan jangan terkejut jika jumpa ramai pelancong dari Malaysia yang menginap disini. Bezanya mereka gi dengan travel agent, sy pergi dgn plan sendiri, dimana kos keseluruhan hanya 1/3 (ni sy dah survey sebelum decide nak plan sendiri, dan bila jumpa pelancong Malaysia disini, sah harga tu memang betul)
Pantai Lampu'uk (Day 1)
Sebelah petangnya, kami ke pantai dimana gelombang pertama tsunami melanda Aceh. Kata pak supir, tingginya ombak setinggi 3 tingkat rumah @ setinggi pokok kelapa. Untuk masuk ke pantai, ada bayaran masuk tetapi tidak mahal. Kalau tak silap 3,000idr/head. Pantainya membiru dan sungguh bersih. Tidak jumpa seketul pun sampah dekat pantai. Anak2 dah excited nak mandi tapi kami tak plan untuk mandi disana kerana cuaca yang agak panas semasa kami sampai. Mungkin penduduknya masih takut untuk membuat aktiviti dipantai tersebut. Bila sampai di pantai ni teringat pantai dekat kampung masa zaman sekolah rendah pantainya masih bersih, tiada sampah.
Bersihnya pantai. Kami yang mak bapak ni pun teringin sangat nak mandi tapi bajunya pun tak dibawa. Jadi kita bergambor ajalah. Disana juga tedapat kedai untuk makan tengahari iaitu Ikan Bakar Jitra yang menyediakan air kelapa dan ikan bakar istimewa. Dalam itenary travel agen biasanya akan bawa kesini utk makan tengahari.
Mesjid Rahmatullah (Day 1)
Masih ingat lagi tak pasca tsunami 2004 dulu? Semua akhbar memaparkan gambar sebuah masjid yang selamat ketika berlakunya kejadian gempa. Inilah masjid dimaksudkan. Dibahagian dalam masjid ini masih tersimpan sisa kesan tsunami untuk tontonan pengunjung. Masjid ini dibina semula sepenuhnya dengan bantuan kewangan kerajaan Turki. Senibinanya juga berasaskan senibina Turki. Cantik. Selesai disini, pak supir langsung bawa kami untuk makan malam. Dia bawa kami ke kedai Nasi Ayam Penyet hipster di sekitar pekan, dimana harga makanannya adalah normal kalau kita makan di Malaysia, sekitar RM 6-7/ plate. Jadi sebenarnya sy nak bagitau, makanan dekat Aceh ni murah sangat2 sebenarnya, cuma nak kena request pada Pak Supir supaya bawa ke kedai makan yang biasa. Makanan dia, semua kita boleh hadam, cuma rasanya kurang lemak. Malaysia kan syurga makanan 😛.
Rumoh Aceh (Day 2)
Rumah tradisi dan adat orang Aceh. Lebih kepada sejarah orang asal Aceh dan bagaimana mereka membina sesuatu rumah berdasarkan kitab adat. Untuk anak2, mereka bosan disini jadi kami tak lama dan terus ke Muzium Tsunami. Kebetulan ketika kami sampai di muzium, bekalan elektrik mengalami gangguan dan kami tidak dapat meneruskan niat kami untuk masuk muzium. Sejam lebih kami tunggu dengan harapan bekalan elektrik kembali ok. Hampa.
Masjid Raya Baiturrahman (Day 2)
Destinasi seterusnya, Masjid Raya Baiturrahman. Ala2 grand mosque. Disinilah berakhirnya gelombang tsunami. Jauh sekali dari pantai. Besarnya kekuasaan Allah. Salah satu masjid paling cantik didunia. Pelbagai aktiviti didalam masjid semasa kami disana seperti talaqqi al-quran, kelas pengajian quran, dsbgnya.
Kapal PLTD Apung (Day 2)
Tempat ni macam muzium kapal yang menceritakan segalanya berkenaan tsunami. Kapal ini sejarahnya hanyut dari tengah lautan sehingga ke poin ini dan dibiarkan sebagai bahan sejarah. Seberat 2600 tan dan boleh hanyut berpuluh km dari pesisir pantai. Bolah bayangkan betapa kuatnya ombak tsunami yang melanda.Sudahpun tengahari dan kami keletihan esp anak2, balik kehotel untuk rehat.
Kubah Hanyut Kampung Gurah (Day 2)
Kubah 80 tan ini hanyut sejauh 2.5km ketika tsunami melanda Aceh. Sekitar kubah ini juga sudah dibina satu masjid baharu dan terdapat juga anak2 Aceh yang menjual souvenir disini. Kami tak beli kerana ikut nasihat pak supir, jgn dibeli kerana mahal. Entahlah
Rumah Cut Nyak Dhien (Day 2)
Menceritakan sejarah pahlawan Aceh. Pahlawan pada masa itu ialah Teuku Umar manakala Cut Nyak Dhien adalah isteri beliau. Pembunuhan Teuku Umar oleh Belanda menyebabkan Cut Nyak Dhien memberontak menentang Belanda. Begitulah alkisahnya. Tidak begitu menyeluruh penerangannya. Anak2 sudah letih. Kami pun lapar. Kita cari makanan.
Suzuya Mall (Day 2)
Shopping mall untuk membeli barang2 makan dan minum anak2 untuk sepanjang 4 hari keberadaan di Banda Aceh. Kami ke Suzuya Mall. Anak2 ternampak KFC, apalagi, terus Ayam Ci, Ayam Ci. Singgah la sebentar nak memenuhi permintaan mereka. Harga kalau diconvert lebih kurang sama sahaja dengan Malaysia cuma pilihan disana lebih pelbagai. Ye ke? Nak tau korang kena pergi sendiri. Yang bagusnya Aceh ni, semasa kami pergi di shopping mall, sedang berlangsung pertandingan hafazan di luar mall. Tak pernah lagi kami jumpa shopping mall sebegini di Malaysia. Kami terpegun. Terasa padan sekali gelaran Serambi Mekah kepada Aceh. Barang2 di shopping Mall juga lebih kurang sama dengan di Malaysia, bahkan makanan malaysia sendiri pun banyak.
Masjid Haji Keuchik Leumiek (Day 2)
Kami kepenatan dan nak balik. Tapi Pak Supir nak bawa lagi ke satu tempat iaitu masjid orang terkaya di Banda Aceh, tokey emas katanya. Kami pun layan ajalah. Sangat cantik binaannya dan dijaga oleh 6 pemgawal pada setiap masa. Binaaan kat dalam lagi cantik.
Makam Syiah Kuala (Day 3)
Permulaan hari ke-3, kami ke Makam Syiah Kuala, ulama besar Aceh, sebelah laut sahaja dimana gelombang tsunami ke-2 melanda Aceh. Disini tidak terlihat apa2 kecuali ada sebuah surau, kedai runcit kecil dan beberapa buah rumah, tidak sampai 5. Mungkin orang Aceh masih tidak berani untuk menetap dikawasan ini kerana gelombang ke-2 adalah jauh lebih besar daripada gelombang pertama tsunami. Pastinya tsunami meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada penduduk Aceh. Gambar dibawah adalah laut yang terbentang dimana dentuman/letupan kuat berlaku di tengah lautan sebelum gelombang tsunami menghancurkan sebahagian bumi Aceh.
Kapal Atas Rumah (Day 3)
Kapal seberat 20 tan ini telah menyelamatkan 59 asli Aceh semasa kejadian berlaku. Kini ia dibiarkan sahaja supaya menjadi bahan sejarah dan peringatan kepada yang masih hidup betapa besarnya kekuasaan Allah
Muzium Tsunami (Day 3)
Akhirnya kami direzekikan untuk masuk kedalam muzium tsunami Aceh. Menceritakan secara terperinci akan kejadian yang berlaku sebelum, semasa dan pasca tsunami. Semua penduduk Aceh menjangkakan bahawa itu adalah hari kiamat. Begitu juga dengan Pak Supir, ada saudaranya yang meninggal dunia semasa tsunami. Kepada Allah kita kembali.
Pantai Ulee Lheue (Day 3)
Destinasi terakhir kami sebelum pulang pada esoknya. Kami bergambar sahaja disini. Kesian dekat anak2, ada yang sakit gigi ada yang demam. Jadi kami putuskan untuk beli souvenir sahaja pada esoknya sebelum pulang ke Malaysia.
Secara keseluruhannya, Aceh ni boleh dikatakan bandar yang islamik. No wonder hukum hudud dilaksanakan pada penduduk Aceh, tetapi mengikut kesesuaian keadaan, bak kata Pak Supir. Setiap kali waktu solat, segala urusan harus dihentikan dan pergi ke masjid untuk solat. Ada penguatkuasaan terhadap perkara ni, terutamanya solat maghrib kerana waktunya yang pendek. Makanan sangat murah. Kalau kedai makan biasa, kami satu family makan baru 40,000idr = 11-12myr. Sy dengan wife ambik 4 jenis lauk setiap seorang, 2 air manis, 1 air buah, itulah harganya. Sangat murah. Semoga bumi Aceh terus diberkati kerana kemurahan hati penduduknya.
Sekian dulu untuk entri pertama, sudah lama tak menulis, kekok rasa......
Subscribe to:
Comments (Atom)