Niat dihati nak masuk Sarawak. Apakan daya perancangan Allah lebih baik, kami dapat ke Sabah-Labuan- Brunei. Alhamdulillah, kuasa Allah, walau penuh dengan rintangan, anak2, isteri dan saya diberi kesihatan untuk menempuh perjalanan kami dengan keadaan sihat walafiat. Trip kami kali ini adalah antara 16 Januari - 22 Januari 2020 9 (7 hari 6 malam).
Seperti biasa, kami ambil flight Airasia. Berlima harga kira 1800+. Jika diikutkan keadaan semasa, harga ni tak murah, tak juga mahal. Boleh dikatakan harga medium. Mungkin dimasa depan , harga ni boleh dikira sebagai murah. Walalahuaa'lam.
Day 1 (Kota Kinabalu, Sabah)
Perjalanan ke Kota Kinabalu mengambil masa selama 2 jam 40 minit. Kami mendarat di lapangan terbang KK pada jam 2.35 petang. Niat dihati nak ambik grab, tapi tiba2 adik ipar kata dia nak ambik dekat airport. Kerja dah selesai. Kami layankan aja. Terus menuju ke Hotel Oceania di Sadong Jaya untuk merehatkan dan mempersiapkan diri sebelum berjalan jalan di KK. Harga? Lebih kurang MYR 145. Oklah kot.
tak boleh makan ikan bilis, jadi kami tak beli pun untuk dibawa pulang 😂
Susah nak jumpa orang melayu di Kota Kinabalu ni. Kebanyakannnya orang Cina atau Filipina, atau pelancong Kora atau China. Ada juga orang peribumi. Jalan punya jalan, samapailah dekat satu playground hujung perjalanan kami. Sementara menanti adik ipar sembahyang maghrib, anak2 ambil kesempatan untuk naik bumper car. Mahalnya bayaran tapi anak dah meraung tu, tak boleh buat apa. Mengalah.
Day 2 (Kundasang, Sabah)
Lepas sarapan pagi di hotel, kami langsung ambik kereta untuk kek Kundasang. Jam 9 pagi. Saya ambik kereta Axia, dapat rm90 sehari. Boleh dapat lagi murah sebenarnya kalau nego, tapi harga ni pun dah considered murah kalau cari lagi. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam kalau terus je Kundasang. Kami singgah di Rumah Terbalik dahulu. Kawasan rumah telah dipagar supaya orang luar tak boleh ambil gambar dari luar, dan mesti masuk untuk bergambar. Biasa sahaja tapi dah sampai ni, takkanlah tak nak masuk kan. Total MYR 30 untuk 2 dewasa 1 kanak2.
Kecik sahaja rumahnya, dalam 15 minit dah siap. Seterusnya, kami langsung ke Jambatan Gantung Tamparuli, bergambar dan jalan2 atas tu. Anak aku gayat naik atas tu, kenalah kami jalan slow2. Sebab jambatan tu goyang2, dan binaannya agak tidak meyakinkan. Tapi kami buat selamba aja naik atas tu.
Lepas dah habis di jambatan, langsung berkejar ke Pekan Kundsang untuk check in hotel dan sembahyang jumaat. Kami ambil hotel Zen Garden Resort yang mana kosnya adalah lebih kurang MYR 110 per night, katil king. Sangat berpuas hati kerana bilik yang selesa, katil besar dan terletak di kaki gunung. TV, Wifi, Aircond semua tak ada. Hahaha. Tapi semua tu tak perlu sebab sejuk amat kalau malamnya. Kipas adalah untuk pasang siang hari. Tanoa melengahkan masa saya berkejar pula ke Masjid amek Kundasang untuk sembahyang jumaat. Apa yang jadi bila sampai tu orang dah berpusu pusu balik. Tak Sempat!! masa tu baru jam 1320 tengahari gitu tapi disebabkan sini sembahyang awal, tak sempat. Aku jamak qasar zohor asar disitu.
Habis langsung ke Pekan untuk mecari makan. Beli nasi ayam penyet dan sayap ayam madu wak ali, yang terkenal famous di Kundasang. Bawak balik dan memang sedap rasanay sebab kami jarang2 rasa makanan disini. Tanpa membuang masa, kami langsung ke Arnab Village, yang terletak kira2 30 minit dari resort
Ada banyak tempat menarik disini, tapi semasa kami sampai pukul 5.10 ptg, hanya ada satu tempat sahaja yang bukak iaitu lading arnab. Bagi anak2 layan dulu satu aktiviti petang. Setelah kepenatan, balik ke resort untuk merehatkan diri bagi menghadapi hari esoknya.
Day 3 (Kundasang, Sabah)
Seawal jam 8.30, kami langsung terus ke Desa Dairy Farm, betul berdepan dengan Zen Garden. Sebab apa? DDF mula dibuka pukul 9 pagi. Jadi kalau pergi terlalu awal pun kena tunggu di pintu utama, macam kat gambar dibawah ni. Memang sangat exited anak2 pasal nak jumpa lembu.
Tiket masuk dewasa Rm5/head. Anak2 semua free sebab bawah 5 tahun. Bila dah dibenarkan masuk, terjah la. Dah tu kena tunggu pulak masa untuk bagi susu lembu, start 10 pagi. Nilah bahananya bila terover-exited. Tunggulah kami dengan sabarnya. Kami x menunggu lama sebab banyak lagi tempat nak kena cover harini. Jadi kami terus ke Bombon Marakau Fish Spa. Dekat Sabah ni banyak sangat Fish Spa sebenarnya, dan kami memilih temmpat yang tepat sebab x ramai orang kesini. Dan kami merupakan orang pertama masuk pada hari ini.
Inilah tempat yang paling anak2 enjoy, dapat pegang macam2 jenis ikan dengan tangan, kena patuk pun tak sakit. Hahahaha. Tiket masuk murah sahaja, siap bagi makanan untuk diberi pada ikan. Ikan semuanya besar2 peha. Tapi tulah ikan semua takde gigi, so kena patuk pun boleh buat dek je. Kecuali kalau anda memang penggeli. Dah selesai disini, kami terus ke Sabah Tea.Sampai2 terus ke cafe dekat ST pasal anak2 dah meraung kelaparan. Jadi kita terus lunch kat sini. Sungguh menenangkan tengok kehijaun dedaunan teh, yang disusun rapi sekali.
Selesai ke Sabah Tea, kami langsung ke Maahad Tahfiz Bayu Syahadah. Kerana, sedikit misinformation, saya telah terlajak memandu ke Bito'on, sedangkan itu adalah pusat tahfiz bangunan lama. Yang barunya ada di Pekan Ranau, lebih kurang sejam memandu dari Bitoon. Teringin sangat bertemu dengan Abg Nazrey Johani.walaubagaimanapun, bukan rezeki kami dan yang saya temui adalah isterinya, Pn Habibah. Setelah selesai urusan disana, kami terus ke Poring Hot Spring, destinasi terkahir kami untuk hari ini. Sampai dah petang dan dah hampir tutup. Banyak lagi sebenarnya yang kami boleh explore dalam ni akan tetapi sebab kami dah terlewat sampai, layan anak2 mandi sajalah. Selesai semuanya, kami pulang ke Zen Garden dan tapau makanan kegemaran isteri saya Nasi Ayam Penyet Kundasang. Terangkat sedapnya.Tutup kedai untuk hari ini.
Day 4 (Labuan)
Untuk ke Labuan, kami nak kena ambik speedboat di Terminal Menumbok. Plan asalnya nak ke Brunei dulu melalui Sarawak. Tapi memandangkan banyak prosedur yang perlu dilalui, kami putuskan untuk tinggal kereta di Terminal Menumbok dan ambik bot untuk ke Labuan. Perjalanan dari Kundasang mengambil masa lebih kurang 4 jam lebih untuk ke terminal. Kami naik bot kecik untuk ke Labuan. Ombak yang agak kuat semasa naik bot menyebabkan bot terbang banyak kali. Risau bawak anak2 kecik ni. Tapi layankan sajalah.
Sampai di Labuan, kami ambil kereta sewa. Memandangkan sehari sahaja disana dan Labuan boleh dihabiskan kurang dari sehari. Kami terus ke Hotel Labuan Point. Hotel terbaik, bersih dan harga berpatutan. Banyak juga tempat kami pergi. Dataran Labuan, Clock Tower, Ujana Kewangan, Masjid Jamek An-Nur, Marine Museum, Surrender Point, Pantai Pancur Hitam, Taman Burung Labuan. Semuanya dekat2. Jalan x sampai 5 minit, sampai 1 tempat. Jalan lagi 2,3 minit sampai lagi. So untuk anda yang nak travel ke Labuan, anda hanya perlukan sehari sahaja untuk habiskan semua tempat yang disebutkan.
Day 5 & 6 (Brunei)
Hari seterusnya, kami ke Brunei dengan menaiki Feri (Ming Hai). Harganya masyaallah la juga kan pasal 5 orang. One way dalam 4 ratus lebih. Hantam sajalah labu. Kalau x pergi bila lagi nak sampai ye dok. Perjalanan 1 jam setengah menaiki feri. Kami tiba di Terminal Feri Serasa tengahari dan diambil oleh van shuttle disediakan oleh pihak Hotel. Nama hotelnya, Capital Residence Suite. Sebenarnya Brunei ni besar sikit saja dari Labuan. 2 hari pun dah cukup. Kami tak ambil kereta kerana hotel dah sediakan free shuttle utk ke tempat tarikan pelancong. Alhamdulillah, selamat duit. Hahahaha. Brunei Dollar convert ke MYR x3 lebih kot. Kami ke The Mall untuk mencari makanan. Masing2 dah lapar. Boleh dikatakan pilihan makanan di Brunei limited berbanding Malaysia, kurang meriah. Tapi harganya boleh bawak mengucap. Terus ke Pasar Gadong untuk membeli makan malam. Pasarnya sangat bersih dan berbumbung. Makanannya sgt persis makanan Malaysia. Dia tiru kita ke kita tiru dia? Paling popular nasi katok, yang dijual BD1 sebungkus. 3 ringgit. Kalau dekat Malaysia, macam nasik bajet lah, Tapi yang ni ada ayam. Bawah sikit level dari nasik bungkus. Tetap sedap. Orang Brunei pun sama orang Kelantan, makanan manis yang banyak. Pedas ada juga jarang2.Malam van shuttle datang ambik dekat pasar untuk dibawa pulang ke hotel. Aktiviti malam pulak rehat, kecuali aku. Kebetulan Tapir, member masa sekolah asrama ada kat sana, kita jumpa sekejap, untuk mengenang kembali sejarah zaman nakal2 waktu disekolah dulu. Hihihi. Esoknya, kami ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. Hajatnya nak ke Kg Air, tapi disebabkan kesuntukan masa, kami pergi ke tempat2 lain yang lebih dekat termasuklah Royal Regalia, Yayasan Shopping Mall, Tamu Kianggeh dan akhirnya kembali ke Hotel untuk pulang semula ke Menumbok.
Day 7 (Kota Kinabalu)
Hari terakhir yang sgt penat, sebab dah berhari jalan tanpa henti dengan 3 hero kami. Walaubagaimanapun perjalanan tetap diteruskan. Hahaha. Dari Asiana Hotel, kami terus ke Signal Obeservatory Tower, Masjid Bandaraya Sabah, dan Pantai Tanjung Aru. Harapannya semua orang gembira dan berpuas hati dengan perjalanan ni. Almaklumlah, kalau kerja tu tak pernah berhenti, kenalah reward diri sendiri dan keluarga pulak ya. Overall, trip ke Borneo ini sangat seronok walaupun letih, terutamanya part Kundasang. A must! dan sekali lagi! Nasi ayam penyet Sabah yang tersangatlah awesome. Lepas trip ni, satu dunia dikejutkan dengan coronavirus. Entah bila pulak kami boleh travel. Travel rentas negara dihentikan serta merta
Ok guys. Till we meet again






















No comments:
Post a Comment