Friday, 1 November 2019

Travel 1 - Banda Aceh Indonesia

Setelah bertahun menyepi, kini aku kembali. Cewahhhh


Namun kali ini lebih kepada menceritakan pengalaman yang dikutip semasa bermusafir dibumi yang fana ini. Melihat kebesaran Tuhan dan pada masa yang sama melihat dunia dari perspektif yang berbeza

Bismillah......

Perjalanan bermula dengan trip ke Banda Aceh (24 - 27 Ogos 2019)

Anggaran kos penerbangan pada waktu ini adalah RM 680 (Air Asia : 2 dewasa 2 kanak2) pergi dan balik. Masa ni  si bongsu masih bawah 2 tahun so FOC duduk atas riba maknya. Murah ke? Entahlah aku pun tak tahu. Orang kata kalau nak travel ni, kalau dah ada masa dan ada duit terus jalan je. Kalau berkira sangat pun tak boleh juga. Perjalanan mengambil masa 1.5 jam dan bulan Ogos adalah bulan angin kuat di Aceh. Jadi angin yang menggoyang kapal terbang kami tu boleh tahan kuat, sampai terbangun semua penumpang 20 minit sebelum sampai ke Aceh 😇. Dengan aku sekali jadi kalut. Mujurlah anak2 semua dah tidur mati. Setibanya kami di airport Sultan Iskandar Muda, kami terus disambut oleh Pak Adhar, supir dari Ubai Tour Aceh . Total keseluruhan untuk sewa kereta bersama Pak Supir ialah 2.3 juta rupiah (dikira 3 hari). 4 hari bergelar jutawan 😂 . Kos ini sebenarnya agak mahal dan jika pembaca ingin ke Aceh, kos mobil (kereta dalam indonesia) sebenarnya dalam anggaran 500,000 rupiah sehari. Walaubagaimanapun kami kena redho sebab inilah kali pertama menjejakkan kaki ke bumi Aceh. Manakala waktu Aceh pula sejam lewat berbanding di Malaysia.

Perkuburan Massal Siron (Day 1)

Destinasi pertama selepas landing dekat Aceh. Sekitar 30 minit dari airport.

"Hari Yang Padanya Harta Benda dan Anak Pinak Tidak Dapat Memberikan Manfaat Sesuatu Apapun, Kecuali Orang Yang Menghadap Allah Dengan Hati Yang Sejahtera"(Al-Syu'ara 88-89)

Inilah gambaran yang bermain diminda sebaik sahaja tiba di tanah perkuburan mangsa tsunami. Perkuburan yang menempatkan mayat yang tidak dapat dikenalpasti/ tidak dituntut oleh ahli keluarga, menurut Pak Supir. Seluruhnya, bilangan mangsa tidak dapat dihitung dan dianggarkan melebihi 1 juta. Setiap yang bernyawa pasti merasai mati, dan mati adalah peringatan terbaik untuk kita semua yang masih hidup.




Ada 3 perkuburan paling besar kesemuanya dan ini merupakan salah satu. Kubur yang tiada bernisan. Setelah berdoa memohon keampunan dan kebaikan kepada seluruh penghuninya, kami meneruskan perjalanan ke tempat penginapan kami iaitu Oasis Atjeh Hotel. Kos penginapan selama 4 hari 3 malam ialah sebanyak RM 590 termasuk breakfast. Hotel yang convenient. Sy bagi 7/10. Stafnya yang peramah, makanannya yang sedap dan jangan terkejut jika jumpa ramai pelancong dari Malaysia yang menginap disini. Bezanya mereka gi dengan travel agent, sy pergi dgn plan sendiri, dimana kos keseluruhan hanya 1/3 (ni sy dah survey sebelum decide nak plan sendiri, dan bila jumpa pelancong Malaysia disini, sah harga tu memang betul)

Pantai Lampu'uk (Day 1) 

Sebelah petangnya, kami ke pantai dimana gelombang pertama tsunami melanda Aceh. Kata pak supir, tingginya ombak setinggi 3 tingkat rumah @ setinggi pokok kelapa. Untuk masuk ke pantai, ada bayaran masuk tetapi tidak mahal. Kalau tak silap 3,000idr/head. Pantainya membiru dan sungguh bersih. Tidak jumpa seketul pun sampah dekat pantai. Anak2 dah excited nak mandi tapi kami tak plan untuk mandi disana kerana cuaca yang agak panas semasa kami sampai. Mungkin penduduknya masih takut untuk membuat aktiviti dipantai tersebut. Bila sampai di pantai ni teringat pantai dekat kampung masa zaman sekolah rendah pantainya masih bersih, tiada sampah.




Bersihnya pantai. Kami yang mak bapak ni pun teringin sangat nak mandi tapi bajunya pun tak dibawa. Jadi kita bergambor ajalah. Disana juga tedapat kedai untuk makan tengahari iaitu Ikan Bakar Jitra yang menyediakan air kelapa dan ikan bakar istimewa.  Dalam itenary travel agen biasanya akan bawa kesini utk makan tengahari.


Mesjid Rahmatullah (Day 1)

Masih ingat lagi tak pasca tsunami 2004 dulu? Semua akhbar memaparkan gambar sebuah masjid yang selamat ketika berlakunya kejadian gempa. Inilah masjid dimaksudkan. Dibahagian dalam masjid ini masih tersimpan sisa kesan tsunami untuk tontonan pengunjung. Masjid ini dibina semula sepenuhnya dengan bantuan kewangan kerajaan Turki. Senibinanya juga berasaskan senibina Turki. Cantik. Selesai disini, pak supir langsung bawa kami untuk makan malam. Dia bawa kami ke kedai Nasi Ayam Penyet hipster di sekitar pekan, dimana harga makanannya adalah normal kalau kita makan di Malaysia, sekitar RM 6-7/ plate. Jadi sebenarnya sy nak bagitau, makanan dekat Aceh ni murah sangat2 sebenarnya, cuma nak kena request pada Pak Supir supaya bawa ke kedai makan yang biasa. Makanan dia, semua kita boleh hadam, cuma rasanya kurang lemak. Malaysia kan syurga makanan 😛. 





Rumoh Aceh (Day 2)




Rumah tradisi dan adat orang Aceh. Lebih kepada sejarah orang asal Aceh dan bagaimana mereka membina sesuatu rumah berdasarkan kitab adat. Untuk anak2, mereka bosan disini jadi kami tak lama dan terus ke Muzium Tsunami. Kebetulan ketika kami sampai di muzium, bekalan elektrik mengalami gangguan dan kami tidak dapat meneruskan niat kami untuk masuk muzium. Sejam lebih kami tunggu dengan harapan bekalan elektrik kembali ok. Hampa. 


Masjid Raya Baiturrahman (Day 2)

Destinasi seterusnya, Masjid Raya Baiturrahman. Ala2 grand mosque. Disinilah berakhirnya gelombang tsunami. Jauh sekali dari pantai. Besarnya kekuasaan Allah. Salah satu masjid paling cantik didunia. Pelbagai aktiviti didalam masjid semasa kami disana seperti talaqqi al-quran, kelas pengajian quran, dsbgnya. 



Kapal PLTD Apung (Day 2)

Tempat ni macam muzium kapal yang menceritakan segalanya berkenaan tsunami. Kapal ini sejarahnya hanyut dari tengah lautan sehingga ke poin ini dan dibiarkan sebagai bahan sejarah. Seberat 2600 tan dan boleh hanyut berpuluh km dari pesisir pantai. Bolah bayangkan betapa kuatnya ombak tsunami yang melanda.Sudahpun tengahari dan kami keletihan esp anak2, balik kehotel untuk rehat.



Kubah Hanyut Kampung Gurah (Day 2)




Kubah 80 tan ini hanyut sejauh 2.5km ketika tsunami melanda Aceh. Sekitar kubah ini juga sudah dibina satu masjid baharu dan terdapat juga anak2 Aceh yang menjual souvenir disini. Kami tak beli kerana ikut nasihat pak supir, jgn dibeli kerana mahal. Entahlah

Rumah Cut Nyak Dhien (Day 2)




Menceritakan sejarah pahlawan Aceh. Pahlawan pada masa itu ialah Teuku Umar manakala Cut Nyak Dhien adalah isteri beliau. Pembunuhan Teuku Umar oleh Belanda menyebabkan Cut Nyak Dhien memberontak menentang Belanda. Begitulah alkisahnya. Tidak begitu menyeluruh penerangannya. Anak2 sudah letih. Kami pun lapar. Kita cari makanan. 


Suzuya Mall (Day 2)



Shopping mall untuk membeli barang2 makan dan minum anak2 untuk sepanjang 4 hari keberadaan di Banda Aceh. Kami ke Suzuya Mall. Anak2 ternampak KFC, apalagi, terus Ayam Ci, Ayam Ci. Singgah la sebentar nak memenuhi permintaan mereka. Harga kalau diconvert lebih kurang sama sahaja dengan Malaysia cuma pilihan disana lebih pelbagai. Ye ke? Nak tau korang kena pergi sendiri. Yang bagusnya Aceh ni, semasa kami pergi di shopping mall, sedang berlangsung pertandingan hafazan di luar mall. Tak pernah lagi kami jumpa shopping mall sebegini di Malaysia. Kami terpegun. Terasa padan sekali gelaran Serambi Mekah  kepada Aceh. Barang2 di shopping Mall juga lebih kurang sama dengan di Malaysia, bahkan makanan malaysia sendiri pun banyak.


Masjid Haji Keuchik Leumiek (Day 2)

Kami kepenatan dan nak balik. Tapi Pak Supir nak bawa lagi ke satu tempat iaitu masjid orang terkaya di Banda Aceh, tokey emas katanya. Kami pun layan ajalah. Sangat cantik binaannya dan dijaga oleh 6 pemgawal pada setiap masa. Binaaan kat dalam lagi cantik. 




Makam Syiah Kuala (Day 3)





Permulaan hari ke-3, kami ke Makam Syiah Kuala, ulama besar Aceh, sebelah laut sahaja dimana gelombang tsunami ke-2 melanda Aceh. Disini tidak terlihat apa2 kecuali ada sebuah surau, kedai runcit kecil dan beberapa buah rumah, tidak sampai 5. Mungkin orang Aceh masih tidak berani untuk menetap dikawasan ini kerana gelombang ke-2 adalah jauh lebih besar daripada gelombang pertama tsunami. Pastinya tsunami meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada penduduk Aceh. Gambar dibawah adalah laut yang terbentang dimana dentuman/letupan kuat berlaku di tengah lautan sebelum gelombang tsunami menghancurkan sebahagian bumi Aceh.




Kapal Atas Rumah (Day 3)




Kapal seberat 20 tan ini telah menyelamatkan 59 asli Aceh semasa kejadian berlaku. Kini ia dibiarkan sahaja supaya menjadi bahan sejarah dan peringatan kepada yang masih hidup betapa besarnya kekuasaan Allah 


Muzium Tsunami (Day 3)




Akhirnya kami direzekikan untuk masuk kedalam muzium tsunami Aceh. Menceritakan secara terperinci akan kejadian yang berlaku sebelum, semasa dan pasca tsunami. Semua penduduk Aceh menjangkakan bahawa itu adalah hari kiamat. Begitu juga dengan Pak Supir, ada saudaranya yang meninggal dunia semasa tsunami. Kepada Allah kita kembali.


Pantai Ulee Lheue (Day 3)





Destinasi terakhir kami sebelum pulang pada esoknya. Kami bergambar sahaja disini. Kesian dekat anak2, ada yang sakit gigi ada yang demam. Jadi kami putuskan untuk beli souvenir sahaja pada esoknya sebelum pulang ke Malaysia.  


Secara keseluruhannya, Aceh ni boleh dikatakan bandar yang islamik. No wonder hukum hudud dilaksanakan pada penduduk Aceh, tetapi mengikut kesesuaian keadaan, bak kata Pak Supir. Setiap kali waktu solat, segala urusan harus dihentikan dan pergi ke masjid untuk solat. Ada penguatkuasaan terhadap perkara ni, terutamanya solat maghrib kerana waktunya yang pendek. Makanan sangat murah. Kalau kedai makan biasa, kami satu family makan baru 40,000idr = 11-12myr. Sy dengan wife ambik 4 jenis lauk setiap seorang, 2 air manis, 1 air buah, itulah harganya. Sangat murah. Semoga bumi Aceh terus diberkati kerana kemurahan hati penduduknya. 

Sekian dulu untuk entri pertama, sudah lama tak menulis, kekok rasa...... 


No comments:

Post a Comment